Wednesday 22 October 2014

SYLLABUS - MELAWAN KEBAKARAN ( SAINS KEBAKARAN )

APAKAH MAKSUD DENGAN PEMBAKARAN?

Pembakaran ialah satu proses kimia iaitu pengoksidan bahan-bahan organik yang mempunyai karbon, perkembangan haba dan cahaya


ASAS KIMIA KEBAKARAN


MERUPAKAN CAMPURAN DARIPADA 3 UNSUR PENTING BAGI MEWUJUDKAN PEMBAKARAN IAITU :


    1. Oksigen        - Sejenis gas yang membantu proses pembakaran. Peratusan kandungannya di dalam udara ialah 16% - 21%
    2. Bahan Api    - Merupakan bahan bakar samada pepejal, cecair atau gas. Membebaskan gas apabila panas
    3. Haba             - Sejenis tenaga yang diperlukan semasa proses pembakaran, menaikkan suhu bahan api pada takat suhu tertentu agar gas/wap mudah terbakar dapat dibebaskan keluar daripada bahan api.

FAKTOR - FAKTOR ELEMENT
    • Oksigen - Udara yang cukup untuk membantu pembakaran
    • Bahan    - Bahan yang boleh membantu pembakaran
    • Haba      - Yang mempunyai tahap pembakaran


BAGAIMANA API MEREBAK ?

* Terus Menerus

* Bahangan

* Pengaliran

*Olak Haba


TERUS MENERUS

Tiap-tiap bahan pembakar (Combustable Material) akan terbakar apabila tersentuh kepada api yang terdedah (Naked Fire). Kemudian api itu akan terus berjalan dengan membakar ke semua bahagian-bahagian tersebut sehinggalah di makan api


BAHANGAN



PENGALIRAN


OLAK HABA

Apabila kebakaran terjadi, api akan mengeluarkan asap-asap dengan gas-gas yang panas dan unsur ini akan mengalirkan atau naik ke atas kepada rumah-rumah dan bangunan yang bertingkat-tingkat, asap ini akan mengalir masuk ke atas mengikut lubang-lubang tangga, lift atau apa-apa ruang yang boleh untuk ia masuk, apabila sampai ke suatu tempat di mana asap tersebut tidak dapat keluar kemana-mana dan asap akan terkumpul, apabila telah banyak, lama-kelamaan suhu akan menjadi panas dan lebih tinggi ia akan terus terbakar apabila sampai ke tahap pembakaran



TAHUKAH ANDA KELAS - KELAS API DAN ALAT PEMADAM API ?


APAKAH PUNCA - PUNCA KEBAKARAN ?



SEBAB - SEBAB KEBAKARAN



BAGAIMANA CARA UNTUK MEMADAM KEBAKARAN ?

Caranya ada 3 (3M) :

* Melaparkan

* Menyejukan

* Melemaskan


MELAPARKAN
    1. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain
    2. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain
    3. Memecahkan atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya ia mudah di padamkan
    4. Menyekat bekalan bahan api yang boleh membantu pembakaran


MENYEJUKAN

Sifat air yang ekonomik dan sejuk dapat mempercepatkan pemindahan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ke tahap yang rendah

MELEMASKAN

Menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu pembakaran







Post By
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi -













No comments:

Post a Comment