Sunday 19 October 2014

SYLLABUS - CPR ( CARDIO PULMONARY RESUSCITATION )

APAKAH MAKSUD DENGAN CPR ?

CPR ialah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa
yang terhenti pernafasan dengan mengunakan
teknik tekanan di atas dada
(tekanan dari luar)
dan bantuan hembusan pernafasan


ANATOMI JANTUNG KESAYANGAN ANDA



Saiz Jantung Anda : Sebesar penumbuk anda

Berat Jantung Anda : Diantara 220 hingga 280 gram

Ciri-ciri Jantung Anda : Elastik (lembut), mengandungi 4 bilik, 
dan mempunyai injap (untuk mengepam darah)

Lokasi Jantung Anda : Di belakang tulang sternum


ADAKAH ANDA TAHU BERAPA KALI DENYUTAN NADI DAN KADAR PERNAFASAN ANDA DALAM 1 MINIT ?


DENYUTAN NADI

Dewasa : 60 - 100 / min

Kanak-kanak : 100 - 120 / min

Bayi : 120 - 140 / min

KADAR PERNAFASAN

Dewasa : 12 - 20 / min

Kanak-kanak : 20 - 40 / min

 Bayi : 20 - 40 /min


ADAKAH ANDA TAHU ADA BERAPA PERINGKAT KEMATIAN ?

Peringkat kematian terbahagi kepada 2 iaitu Clinical Death (Kematian Klinikal) 
dan Biological Death (Kematian Biologi)


APAKAH MAKSUD CLINICAL DEATH ?

Clinical Death ialah terhenti pernafasan dan denyutan jantung seketika. 
( Dalam masa 0-4 minit, harapan pulih 25-30% )

APAKAH MAKSUD BIOLOGICAL DEATH ?

Kematian sebenar berikut kekurangan oksigen ke otak dan sel-sel mati dan mangsa akan mengalami proses kematian sebenarnya.
( Selepas 4 minit, harapan pulih 5-10% ) 

INDIKASI CPR

APAKAH PUNCA PERNAFASAN TERHENTI ?

  1. Lemas
  2. Strok
  3. Keracunan Ubatan
  4. Renjatan Elektrik
  5. Tercekik
  6. Terhidu Asap Beracun
  7. Radang Salur Pernafasan Yang Menyebabkan Ia Tersumbat
APAKAH PUNCA JANTUNG TERHENTI ?

  1. Sakit Jantung
  2. Jantung Bengkak
  3. Denyutan dan Retak Jantung Tidak Normal

CPR TIDAK BOLEH DILAKUKAN JIKA :

  1. Mangsa kaku dan kejang
  2. Mangsa yang cedera teruk pada dada, leher, kepala dan muka (maksilofacial injury)
  3. Tidak mendapat kebenaran waris mangsa
  4. Mangsa yang telah disahkan mati
  5. Mangsa yang memakai tanda DNAR ( Do Not Attemp Resuscitation ), biasanya dalam bentuk gelang, pada buah rantai dan rantai kunci mangsa


PROTOKOL CPR

D     :   DANGER               (BAHAYA)
R     :   RESPON                (TINDAK BALAS)
C     :   CIRCULATION    (PEREDARAN DARAH)
A     :   AIRWAYS            (SALUR PERNAFASAN)
B     :   BREATHING        (PERNAFASAN)


DANGER   (BAHAYA)


  • Periksa kawasan persekitaran sama ada anda boleh menyelamat atau tidak
  • Gunakan peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda sendiri ataupun mangsa tersebut

RESPONSE   (TINDAK BALAS)

  • Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran " Encik... Encik... kenapa ni? "
  • Jika tiada tindakbalas, tiada pernafasan atau pernafasan tidak normal (tercungap-cungap), aktifkan "EMS" minta bawa bersama AED (Automated External Defibrillator)

CIRCULATION   (PEREDARAN DARAH)


  • Berikan tekanan di atas dada sebanyak 30 tekanan dalam masa 100 tekanan/min dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

AIRWAY   (SALUR PERNAFASAN)




  1. Head Tilt Chin Lift (Angkat Dagu dan donggakkan kepala) - Bagi membuka saluran pernafasan mangsa
  2. Jaw Thrust - Bagi mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang
  3. Finger Sweep - Keluarkan sebarang benda asing yang boleh menghalang saluran pernafasan dengan menggunakan jari telunjuk/jari kelingking

BREATHING   (PERNAFASAN)




Jika mangsa tidak bernafas :-

  • Berikan 2 hembusan pernafasan mulut ke mulut.
  • Pastikan Hidung mangsa dipicit semasa membuat hembusan (1 hembusan adalah 1 saat)

CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)

 

  • Berikan tekanan di atas dada sebanyak 30 tekanan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

RECOVERY POSITION


  • Jika mangsa tersedar atau menunujukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan mangsa kepada posisi pemulihan

CHEST COMPRESSION RATE (KADAR TEKANAN DADA) 




MASALAH YANG MUNGKIN TIMBUL

  • Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk (berlaku kepatahan)
  • Kecederaan serius akan berlaku pada bahagian dalaman terutamanya pada kawasan dada (paru-paru, limpa) sekiranya tulang rusuk patah (pendarahan akibat tikaman tulang yang patah)
  • Berlaku pendarahan dalaman (internal bleeding)
  • ''LEBIH BAIK MANGSA CEDERA DARIPADA MATI SEBARANG BANTUAN''
  • Saluran pernafasan tidak dibuka dengan sempurna (donggakkan kepala yang tidak betul)
  • Hidung tidak dipicit semasa hembusan dilakukan
  • Mangsa tidak dibaringkan ditempat yang stabil dan keras
  • Kedudukan tangan penyelamat tidak tepat semasa tekanan dilakukan


SYUKUR ALHAMDULILLAH

SEKIAN TERIMA KASIH
((: SELAMAT MENGULANG KAJI PELAJARAN :))





Post By 
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi-



5 comments:

  1. ALHAMDULILLAH, sis telah membantu saya dlm menyiapkan tugasan saya berkaitan dengan menyelamat. semoga Allah SWT memberkati hidup sis.. Terima kasih.. Assalamualaikum.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam sis...
    Kaedah finger sweep untuk merawat mangsa tidak sedar..ada

    ReplyDelete
  3. Salam.maksudnya cpr yg hendak dbuat terhadap patient yg tidak sedar harus mendapat kebenaran waris dahulu.jika dilakukan tampa kebenaran waris doktor trsebut telah melakukan 1 kesalahan dan di bawah akta ape ek.terima kasih

    ReplyDelete