Monday 5 January 2015

Format Pertandingan Melawan Kebakaran Kawad Pili Bomba No.4

Syarat - Syarat Penyertaan

1.   Peserta mestilah anggota Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia (SISPA ).

2.   Satu skuad terdiri daripada 6 orang (termasuk ketua).

3.   Penyertaan terdiri daripada gabungan 2 wanita dan 4 lelaki. Hanya satu penyertaan sahaja yang berhak mewakili negeri masing-masing.

4.   Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan borang yang telah disediakan seperti di Lampiran “A”. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri atau Penyelaras masing-masing.

5.   Borang pengesahan perlantikan anggota SISPA hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan sebelum sesuatu pertandingan bermula.

6.   Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

7.   Pakaian pertandingan adalah uniform / pakaian seragam penuh atau separuh No. 4 mengikut peraturan pakaian seragam Unit SISPA Pertahanan Awam Malaysia.

8.   Aturcara dan gerak kerja adalah seperti di gambarajah yang dilampirkan dan mengikut prosedur melawan kebakaran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, Bahagian Pasukan dan Latihan PULAPAT Jengka.

9.   Helmet peserta ditandakan dengan nombor tugasan (1-6) supaya gerak kerja peserta dijalan mengikut tugasan yang ditetapkan.

No. 6 - Ketua (Arahan & Kawalan)
No. 5 - Pili Bomba
No. 1, 2, 3 & 4 - Pasukan Melawan Kebakaran

10. Peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal.

11. Borang penyertaan hendaklah diserahkan semasa sesi taklimat dan undian giliran dibuat pada hari pendaftaran. (Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan permohonan penyertaan tidak akan dilayan / dipertimbangkankan / digugurkan.


Pertandingan Melawan Kebakaran

PERATURAN !

1.   Hanya pengadil dan peserta sahaja dibenarkan berada di tempat pertandingan.

2.   Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum pertandingan dimulakan. 
      Pengumuman hanya akan dibuat 2 kali sahaja. Kegagalan berbuat demikian dianggap gagal. 
      (disqualified)

3.   Peserta mestilah memakai pakaian kalis api yang lengkap semasa pertandingan.

4.   Peralatan pertandingan yang digunakan:
      a) 1 x Single Stand Pipe
      b) 1 x turn Key & Bar
      c) 1 x 2” x 100’ Delivery Hose
      d) 2 x 1 ½” x 100’ Delivery Hose
      e) 1 x Dividing Breeching Control
       f) 2 x Nozzle Branch Pipe
      g) 1 x Tapak Api Melemaskan
      h) 1 x Tabung Alat Pemadam Api Serbuk Kering
      i ) 1 x Guni Basah / Fire Blanket

5.   Masa akan dikira semasa wisel permulaan dibunyikan manakala wisel penamat 
      dibunyikan selepas Ketua Kumpulan melapor kawad selesai dan hukuman keluar baris diberikan.

6.   Pemarkahan diberikan berdasarkan spesifikasi berikut:
       i.   Kepantasan-10 markah
       ii.  Keselamatan-32 markah
       iii.  Kemahiran-40 markah
       iv.  Kawalan dan Kerjasama -18 markah

CATATAN:

•   Setiap kumpulan diberi masa maksima selama 15 minit. Sekiranya masa yang diambil melebihi masa maksima, masa tambahan 5 minit akan diberikan dan setiap minit masa tambahan akan ditolak 5 markah dari markah keseluruhan.

•   *  Oleh kerana di tempat pertandingan tidak mempunyai Pili Bomba, maka pertandingan ini akan 
        dijalankan secara kawad kering (Sila rujuk gerak kerja seperti di Lampiran).

•   *  Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan tanpa sebarang notis.

7.   Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Giliran pertandingan akan dibuat secara undian. Hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja.

8.   Undian giliran pertandingan akan dicabut oleh Ketua Kumpulan pada hari yang ditetapkan. Undian akan dilakukan pada malam sebelum pertandingan.

9.   Satu taklimat akan diberikan kepada semua ketua kumpulan pada malam sebelum pertandingan.

10. Keputusan Jemaah Pengadil adalah muktamad.

GERAK KERJA PERTANDINGAN KAWAD PILI BOMBA 4 (KERING)

TUGASAN ANGGOTA OPERASI

Ketua Operasi (No. 6)

Stand pipe c/w turn key & bar (No. 5)

Melarikan satu saluran hos 2” x 100’ (No. 3)

Membawa satu dividing breeching letakkan di 100’ (No. 4)

Melarikan satu saluran hos 1 ½’ x 100’ di sebelah kiri larian pada jarak 100’ ke 200’ bersama satu nozzle dengan dibantu oleh orang No. 4 (No. 2)

Melarikan satu saluran hos 1 ½’ x 100’ di sebelah kanan pada jarak 100’ ke 200’ bersama satu nozzle dengan dibantu oleh orang No. 3 (No. 1)


SETELAH SEMPURNA TUGASAN DAN KEDUDUKAN

  • Hukuman “Buka Air” diberikan (ketua).
  • No. 4 Berpusing secara statik menghadap kepada No. 5 dan menjawab secara isyarat buka air serta terus berpusing ke kedudukan asal membantu di belakang No. 2
  • No. 5 setelah menjawab dengan isyarat dan terus berlari ke 200’ dan melemaskan api dengan menggunakan guni basah / Fire Blanket di sasaran pertama sebelah kiri larian.
  • Setelah sasaran pertama di padamkan, No. 5 terus berlari ke sasaran kedua di sebelah kanan larian untuk memadam kebakaran api sebenar dengan menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.
  • Setelah api di sasaran kedua telah dipadamkan, No. 5 terus berlari ke kedudukan asal dengan menunggu arahan seterusnya daripada ketua.
  • Setelah No. 5 tiba di kedudukan asal , ketua terus memberi hukuman “Tutup Air dan Kemas”.
  • No. 4 seperti biasa berpusing menghadap No. 5 secara statik dan menjawab “Tutup Air dan Kemas” dengan isyarat serta terus berpusing ke kedudukan asal.
  • Setelah menerima isyarat “Tutup Air dan Kemas” dari No 4, No 5 terus menjawab balas “Tutup Air dan Kemas” beserta isyarat.
  • Setelah No 5 selesai memberi isyarat balas, barulah semua anggota operasi membuka semua saluran dan menjalankan tugas masing-masing mengikut prosedur kawad yang ditetapkan ini.

TINDAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS

  • Hukuman tamat operasi dan berkemas(ketua).
  • No 2 tanggalkan nozzle dan terus keluarkan air dari hos(isyarat) sehingga kehujung serta menggulungkannya teknik coil roll dan hantar ketempat permulaan asal. Letakkan mengikut urutan   (5, 4, 3, 2, 1).
  • No 1 tanggalkan nozzle dan terus keluarkan air dari hos(isyarat) sehingga kehujung serta menggulungkannya teknik coil roll dan hantar ketempat permulaan asal. Letakkan mengikut urutan    (5, 4, 3, 2, 1).
  • No 4 membawa dividing breeching yang telah ditanggalkan oleh No 3 dan bawa peralatan berkenaan ketempat permulaan asal. Letakkan mengikut urutan ( 5, 4, 3, 2, 1).
  • No 3 setelah menanggalkan dividing breeching dan terus keluarkan air dari hos(isyarat) sehingga kehujung dan terus menggulungkannya serta bawa ketempat asal dan letakkan mengikut susunan / turutan.

MELAPOR DAN BAHASA HUKUMAN
  • Masih memakai pakaian keselamatan (semua).
  • Melapor di dalam satu barisan lurus mengikut urutan dan berkeadaan sedia (ketua).
  • Semasa melapor, “Assalamualaikum / Selamat pagi / tengahari / petang Tuan”. “Pasukan SISWA/SISWI Pertahanan Awam . ………. seramai 6 orang telah siap menjalankan tugas Pertandingan Kemahiran Kawad Pili Bomba 4 tuan”. “Minta kebenaran menjalankan lain –lain tugas” “Terima kasih tuan” (ketua).
  • Hukuman untuk memulakan tugas. “Kawad Pili Bomba 4 satu saliran 200’ satu breeching 2 nozzle pam pili bomba pasukan gerak” (ketua).
  • Setelah sempurna semua tugasan dan kedudukan, hukuman “Buka air” diberikan oleh ketua.
  • Setelah semua api dipadamkan, hukuman “Tutup Air dan Kemas” diberikan oleh ketua.
  • Setelah hukuman “tutup air dan kemas” diberikan oleh ketua, semua anggota kumpulan berkemas mengikut prosedur kawad yang dikeluarkan ini.
  • Setelah selesai berkemas dan peralatan melawan kebakaran telah disusun mengikut urutan serta anggota pasukan di dalam satu barisan melintang mengikut peralatan dan berkeadaan sedia serta masih lengkap dengan pakaian keselamatan.
  • Ketua melapor, “Assalamualaikum / Selamat pagi / tengahari / petang Tuan”. “Pasukan SISWA/SISWI Pertahanan Awam ………. seramai 6 orang telah selesai menjalankan tugas Pertandingan Kemahiran Kawad Pili Bomba 4 tuan”. “Terima kasih tuan” (ketua).
  • Setelah melapor tugasan selesai ketua memberi hukuman “Keluar Baris”.
  • Wisel penamat dibunyikan oleh Pengadil setelah hukuman keluar baris dilafazkan.

BAHASA HUKUMAN

Memulakan kerja:
“Kawad Pili Bomba 4, satu aliran 200’, satu breeching, 2 nozzle, pam pili bomba pasukan ………… gerak”.

Hukuman buka air:
“Buka …………. air”.

Tutup air dan kemas:
“Tutup ………. air …….. dan kemas”.

Lapor selesai tugas :
“Assalamualaikum / Selamat pagi / tengahari / petang Tuan”. “Pasukan SISPA Pertahanan Awam ………. seramai 6 orang telah selesai menjalankan tugas Pertandingan Kemahiran Kawad Pili Bomba 4 tuan”.
“Minta kebenaran menjalankan lain-lain tugas tuan. Terima kasih tuan”.

Keluar baris:
“Keluar …………baris”.


Tuesday 28 October 2014

LIRIK LAGU RASMI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

SENTIASA BERSEDIA

Marilah kita semua..
Berganding bahu mengembleng tenaga..
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita..

Padukan jiwa dan raga..
Sedia berkorban apa saja..
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta..

Malaysia..
Bumi yang bertuah..
Kami sungguh bangga menjadi warga setia..
Penuh azam..
Dan tekad bersama..
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya..

Kita sentiasa bersedia
Menjujung wawasan semua..
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya..














Post By
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi -

Saturday 25 October 2014

SYLLABUS - LUKA

NADI UTAMA



LUKA

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN LUKA ??

      • Sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit dinamakan luka
      • Luka terbuka adalah terkoyak yang menyebabkan darah mengalir keluar dari badan
      • Luka tertutup adalah membenarkan darah terlepas daripada sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar

APAKAH JENIS-JENIS LUKA YANG ANDA TAHU ??

      1. Luka terhiris
      2. Luke melecet
      3. Luka calar balar
      4. Luka lebam
      5. Luka tercucuk
      6. Luka tembakan

LUKA TERHIRIS




*   Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur atau pecahan kaca

*   Saluran darah pada bahagian tepi luka akan terpotong. Ini akan menyebabkan darah akan meleleh dengan banyak


LUKA MELECET



*   Luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya tekanan atau geseran yang teruk tetapi tidak menyebabkan pengaliran darah seperti terhiris

*   risiko jangkitan kuman adalah tinggi


LUKA CALAR BALAR



*   Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan kulit tergesel

*   Berlaku pada kes kemalangan jalan raya (geseran tar) atau cakaran binatang


LUKA LEBAM



*   Sebarang tamparan yang kasar atau kuat dan boleh memecahkan kapilari di bawah lapisan kulit

*   Darah yang masuk ke dalam tisu-tisu menyebabkan lebam


LUKA TERCUCUK/TERTIKAM




*   Akibat terpijak paku, tercucuk atau tertikam benda tajam yang menghasilkan luka pada titik kemasukan kecil tetapi menyebabkan kerosakan dalaman


LUKA TEMBAKAN



*   Tembakan peluru atau lain-lain pelontar yang termasuk ke dalam badan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius

*   Luka pada titik kemasukan mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam adalah lebih serius serta lebih besar






(: SYUKUR ALHAMDULILLAH :)

TAMAT PEMBELAJARAN LUKA




Post by
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi -