Thursday 23 October 2014

SYLLABUS - MELAWAN KEBAKARAN ( ALAT PEMADAM API KECIL )

APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI 
ALAT PEMADAM API KECIL
(APAK) ?

Secara ringkasnya ialah :

    • Boleh mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal (1st Aid Fighter)
    • Dikendalikan oleh manusia secara manual dan boleh bertindak mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas-kelas api tersebut


KENAPA PENTINGNYA PENGETAHUAN PENGGUNAAN APAK?

Mampu membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan pemadaman kebakaran di peringkat awalan.


JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API KECIL (APAK)


JENIS AIR



Warna Tabung : Merah

Berat Tabung : 9 Kg

Jarak Pancutan : 1.5 Meter

Kebaikan : Murah dan senang diisi semula

Kelemahan : Hanya terhad kepada kebakaran kelas pepejal sahaja


JENIS SERBUK KERING



Warna Tabung : Biru

Berat Tabung : 9 Kg

Jarak Pancutan : 1.5 Meter

Kebaikan : Boleh diguna untuk pelbagai kelas api

Kelemahan : Mengotorkan peralatan dan kawasan semburan


JENIS BUIH



Warna Tabung : Krim (Kuning Susu)

Berat Tabung : 9 Kg

Jarak Pancutan : 1.5 Meter

Kebaikan : Lebih berkesan pada api minyak berbanding alat pemadam api jenis lain

Kelemahan : Sesuai untuk kebakaran kelas cecair (minyak)


JENIS KARBON DIOKSIDA



Warna Tabung : Hitam

Berat Tabung : 5 -7 Kg

Jarak Pancutan : 1 Meter

Kebaikan : Gas bersih dan tidak mengotorkan

Kelemahan : Hanya sesuai untuk kebakaran peralatan elektrik, berat tabung tidak sepadan dengan kandungan gas (Tabung lebih berat)


SALUR PANCUR BASAH



Jenis Peralatan : Paip Bersalur

Panjang salur : 25 Kaki

Jarak Pancutan : 5 Meter

Kebaikan : Mudah dikendalikan, seorang pengendali

Kelemahan : Terhad kepada kebakaran pepejal, jarak salur terhad, mudah rosak (vandalism)


BAGAIMANA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API KECIL?

      • P     : PULL (Cabut Pin)
      • A    : AIM (Halakan Nozle Ke Pangkal Api)
      • S     : SQUEEZE (Tekan Tuil <Lever>)
      • S     : SWEEP (Layangkan Nozle Ke Kiri Dan Ke Kanan)

TEKNIK-TEKNIK MELAWAN KEBAKARAN

      • Memastikan keselamatan diri dan orang lain terjamin
      • Memastikan penghuni telah keluar daripada bangunan/rumah
      • Pasukan JBPM telah dihubungi
      • Memastikan saiz api masih kecil dan belum merebak
      • Memastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pandangan
      • Memastikan teknik pemadaman dengan membelakangkan jalan pelepasan

TAHUKAH ANDA, DIMANAKAH TEMPATNYA ALAT PEMADAM API KECIL ?



*   Mudah dilihat

*   Mudah dicapai

*   Tempat yang berisiko tinggi berlakunya kebakaran

*   Laluan keluar


APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI ALAT PEMADAM API KECIL ?

      • Pastikan mendapat maklumat yang lengkap daripada pembekal mengenai cara pemakaian pemasangan dan penyelenggaraan
      • Hubungi JBPM untuk mendapatkan kepastian
      • Pastikan mempunyai tanda SIRIM

 ALAT PEMADAM API PENTING SEBAGAI LANGKAH AWAL MENANGANI KEBAKARAN SEBELUM IANYA MEREBAK
' INGATLAH (APAK) AMAT PENTING AGAR ANDA MEMBUNUH API SEBELUM API MEMBUNUH ANDA'



ASAS PENCEGAH KEBAKARAN

MAKSUDNYA ADALAH ???

Langkah awal yang mesti di ambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh di kawal lagi (uncontrollable stage)


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN






PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI TUJUAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


Jenis Bangunan : Bahan buatannya (batu/kayu) dan mempunyai risiko yang berbeza

Saiz Bangunan : Tempoh pembakaran yang berbeza

Jenis Penghuni Permis : Normal dan Tidak normal



PERANAN MENCEGAH KEBAKARAN





(: BELAJAR LAH SIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA KELAMAAN AKAN MENJADI BUKIT :)

INI BUKAN UNTUK DIRI KAMI, TAPI UNTUK DIRI ANDA DENGAN KELUARGA TERCINTA

LINDUNGILAH ORANG TERSAYANG DAN TERCINTA YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA

SEKIAN TERIMA KASIH 8)

Post by
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi -

No comments:

Post a Comment