APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI
ALAT PEMADAM API KECIL
(APAK) ?
Secara ringkasnya ialah :
- Boleh mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal (1st Aid Fighter)
- Dikendalikan oleh manusia secara manual dan boleh bertindak mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas-kelas api tersebut
KENAPA PENTINGNYA PENGETAHUAN PENGGUNAAN APAK?
Mampu membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan pemadaman kebakaran di peringkat awalan.
JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API KECIL (APAK)
JENIS AIR
Warna Tabung : Merah
Berat Tabung : 9 Kg
Jarak Pancutan : 1.5 Meter
Kebaikan : Murah dan senang diisi semula
Kelemahan : Hanya terhad kepada kebakaran kelas pepejal sahaja
JENIS SERBUK KERING
Warna Tabung : Biru
Berat Tabung : 9 Kg
Jarak Pancutan : 1.5 Meter
Kebaikan : Boleh diguna untuk pelbagai kelas api
Kelemahan : Mengotorkan peralatan dan kawasan semburan
JENIS BUIH
Warna Tabung : Krim (Kuning Susu)
Berat Tabung : 9 Kg
Jarak Pancutan : 1.5 Meter
Kebaikan : Lebih berkesan pada api minyak berbanding alat pemadam api jenis lain
Kelemahan : Sesuai untuk kebakaran kelas cecair (minyak)
JENIS KARBON DIOKSIDA
Warna Tabung : Hitam
Berat Tabung : 5 -7 Kg
Jarak Pancutan : 1 Meter
Kebaikan : Gas bersih dan tidak mengotorkan
Kelemahan : Hanya sesuai untuk kebakaran peralatan elektrik, berat tabung tidak sepadan dengan kandungan gas (Tabung lebih berat)
SALUR PANCUR BASAH
Jenis Peralatan : Paip Bersalur
Panjang salur : 25 Kaki
Jarak Pancutan : 5 Meter
Kebaikan : Mudah dikendalikan, seorang pengendali
Kelemahan : Terhad kepada kebakaran pepejal, jarak salur terhad, mudah rosak (vandalism)
BAGAIMANA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API KECIL?
- P : PULL (Cabut Pin)
- A : AIM (Halakan Nozle Ke Pangkal Api)
- S : SQUEEZE (Tekan Tuil <Lever>)
- S : SWEEP (Layangkan Nozle Ke Kiri Dan Ke Kanan)
TEKNIK-TEKNIK MELAWAN KEBAKARAN
- Memastikan keselamatan diri dan orang lain terjamin
- Memastikan penghuni telah keluar daripada bangunan/rumah
- Pasukan JBPM telah dihubungi
- Memastikan saiz api masih kecil dan belum merebak
- Memastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pandangan
- Memastikan teknik pemadaman dengan membelakangkan jalan pelepasan
TAHUKAH ANDA, DIMANAKAH TEMPATNYA ALAT PEMADAM API KECIL ?
* Mudah dilihat
* Mudah dicapai
* Tempat yang berisiko tinggi berlakunya kebakaran
* Laluan keluar
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI ALAT PEMADAM API KECIL ?
- Pastikan mendapat maklumat yang lengkap daripada pembekal mengenai cara pemakaian pemasangan dan penyelenggaraan
- Hubungi JBPM untuk mendapatkan kepastian
- Pastikan mempunyai tanda SIRIM
ALAT PEMADAM API PENTING SEBAGAI LANGKAH AWAL MENANGANI KEBAKARAN SEBELUM IANYA MEREBAK
' INGATLAH (APAK) AMAT PENTING AGAR ANDA MEMBUNUH API SEBELUM API MEMBUNUH ANDA'
ASAS PENCEGAH KEBAKARAN
MAKSUDNYA ADALAH ???
Langkah awal yang mesti di ambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh di kawal lagi (uncontrollable stage)
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI TUJUAN PENCEGAHAN KEBAKARAN
Jenis Bangunan : Bahan buatannya (batu/kayu) dan mempunyai risiko yang berbeza
Saiz Bangunan : Tempoh pembakaran yang berbeza
Jenis Penghuni Permis : Normal dan Tidak normal
PERANAN MENCEGAH KEBAKARAN
(: BELAJAR LAH SIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA KELAMAAN AKAN MENJADI BUKIT :)
INI BUKAN UNTUK DIRI KAMI, TAPI UNTUK DIRI ANDA DENGAN KELUARGA TERCINTA
LINDUNGILAH ORANG TERSAYANG DAN TERCINTA YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA
SEKIAN TERIMA KASIH 8)
Post by
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi -
INI BUKAN UNTUK DIRI KAMI, TAPI UNTUK DIRI ANDA DENGAN KELUARGA TERCINTA
LINDUNGILAH ORANG TERSAYANG DAN TERCINTA YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA
SEKIAN TERIMA KASIH 8)
Post by
- Left. Muda Nur Amirah Bt Mohammed Azmi -
No comments:
Post a Comment